Thursday, October 22, 2015

Menilai Pekerja

Saya mengajar topik ini di universiti, jadinya perbincangan ini berpandukan buku teks dan pemerhatian saya sendiri. Buku teks universiti dan sekolah dihasilkan dari kajian oleh beribu2 pakar. Ia bukan rekaan semata2.

Bos kita menilai kita atas 3 perkara sahaja. Ambil borang penilaian prestasi dan lihat. Kita dinilai [1] kerja kita [2] perangai, dan [3] sikap.


Kerja Kita atau prestasi atau kecemerlangan kerja kita. Tepat mengikut masa yg ditetapkan dan isi kandungannya atau keperluannya. Itu sahaja yg bos hendak. Kalau dia suruh buat surat, besuknya baru nak bagi dan isinya tidak mengikut kehendaknya....susahlah woit. Buat minit mesyuarat pun tak tahu....lagi susah. Cekap dan berilmu. Di dalam penilaian 'kerja' ini terdapat unsur-unsur perangai dan sikap. Oleh itu jika satu isu dapat markah rendah, semua pun akan rendah.

Perangai Kita. Kebersihan, kekemasan, disiplin, tidak bazir masa, tidak busuk, tidak merokok, riang, tidak moody, tidak baran, datang awal, balik lewat, Malas. Kepimpinan pun satu perangai juga. Sentiasa ke depan untuk memimpin itu adalah kepimpinan.

Sikap.  Sikap itu apa? Sikap ialah tindak balas kita. Jika disuruh atau jika lihat sesuatu keadaan di depan mata kita ambil tindakan atau tak ambil pot. Kerjasama ialah sikap. Bila disuruh atau terlihat sesuatu keadaan, dgn segera membantu. Selepas mesyuarat ok jer nak kemaskan bilek mesyuarat. Selepas setiap majlis dia akan bantu. Membantu pelanggan atau sesiapa saja no problem.

RAHSIA BESAR. Ada tiga benda besar di atas. Jika saya beri peratus, lebih kurang 33% setiap satu. Jumlahnya 99% dan kita gundarkan jadi 100%. Ramai tidak sedar, 66% dari jumlah penilaian itu adalah perangai dan sikap kita. Penilaian atas kerja kita hanya 33% sahaja.

Tidak hairan jika bos suka dgn orang begini berbanding yg hanya tahu kerja sahaja. Masalah orang yg tahu kerja sahaja ialah mereka selalu berperangai dan bersikap negatif. Apa kata mereka...ini bukan kerja aku!

Sebenarnya kalau perangai dan sikap sudah tidak betul, kerja pun sudah tidak betul.

Hantar surat bukan tugas saya, tetapi memberi kerjasama kpd bos untuk hantar surat yg penting dari jabatan saya untuk kebaikan jabatan jugak. Beri kerjasama itu adalah sikap.

Dan tidak hairan jika kita kata dia sama2 masuk kerja di sini, akademik pun sama, kerja pun biasa biasa saja, TAPI mcm mana dia boleh naik pangkat dulu.

Jawapannya ialah perangai dan sikap dia lebih disukai oleh pengurusan dan diperlukan oleh pengurusan serta syarikat atau pun jabatan.

Kita dinilai 24 jam. Ada masanya bos hanya ingat sesuatu insiden yg dia tidak akan lupa. Malangnya ia boleh beri kesan positif atau negatif terhadap kita. Ia disebut sebagai 'critical incident factor'. Kalau ia negatif, usaha lah supaya anda tidak lagi bekerja dibawah beliau. Kadang2 negatif itu atas sebab yg tidak boleh dielakkan atau bos kita mmg 'tak betul'.

Lihat rajah di bawah, hanya no 1, 4 dan 7 yg ada kaitan dgn kerja.
Yg di bawah ini pula, dlm bahasa inggeris, hanya no 1 dan 3. No 8 dan 9 ada kaitan juga.


Ringkasnya, kita dinilai secara 100% ke atas diri kita merangkumi semua aspek. Mahu atau tidak, inilah hakikatnya. Maka perbetulkanlah perangai dan sikap kita terlebih dahulu. Simpan ego dan prinsip hidup kita dengan berhati-hati. Jika bos kita lebih muda, hormatlah seadanya. Saya tahu ini susah. Tetapi itu rezeki dia dan rezeki kita. Hari ini Allah tetapkan kita akan bekerja dengan si polan. Inilah dugaan Allah yg di luar dari pemikiran kita.

Dan ingat, Allah tidak akan uji kita dengan ujian yg kita tidak boleh lulus.